KEPIMPINAN & PEMBANGUNAN BISNES
Lithauz Media
Peranan CEO / Director merangkumi hala tuju komersial, pembangunan bisnes, operasi dan peluang kerjasama.
SHAHRUL ISMAIL

Saya kuat pada strategi, business development dan cara tengok sesuatu masalah atau peluang.
Saya pernah bekerja dalam bidang penerbitan, pelancongan, kecergasan dan makanan. Dalam kerja-kerja ini, saya mengurus pelanggan, pasukan dan operasi, di samping mencari peluang bisnes.
Saya suka tanya: apa sebenarnya yang jadi? Ada sudut lain yang kita belum nampak? Dari situ, baru saya susun pilihan dan fikir langkah seterusnya. Cara fikir ini saya guna dalam sales, marketing dan kerja dengan AI.
Bila habis baca, saya nak awak ada sesuatu yang boleh terus guna. Mungkin satu ayat tawaran yang lebih jelas, satu soalan untuk team, atau satu langkah untuk dicuba.
Baca artikel & catatan saya →CERITA DI SEBALIK CARA SAYA BEKERJA
Ketika belajar, saya nampak powerbank di Lelong.com dan tawarkan kepada rakan sekelas. Bila ada yang berminat, barulah saya buat pesanan. Saya tak simpan stok dahulu.
Saya juga menjual aksesori iPhone. Ada pengguna yang cepat kehabisan ruang simpanan telefon. Saya tawarkan pendrive yang boleh disambungkan terus kepada iPhone untuk menambah ruang simpanan.
Tapi orang perlu faham cara menggunakannya. Jadi, saya buat video tutorial di YouTube dengan nama Pakar Aksesori iPhone. Saya tunjuk cara produk itu membantu mereka.
Daripada pengalaman itu, saya belajar: fahami masalah orang, cari sesuatu yang membantu, kemudian tunjuk cara menggunakannya.
Soalan yang sama saya bawa ke laman ini. Dalam sales, marketing atau AI, apa masalah yang kita cuba selesaikan? Dan apa yang orang boleh buat selepas membaca atau belajar dengan kita?
Semasa di asasi, saya dan dua orang kawan pernah memuat turun filem dan siri. Pelajar datang ke perpustakaan dengan hard disk. Kami pindahkan kandungan itu dan ambil bayaran.
Masa itu, kami nampak internet yang perlahan dan kesukaran mendapatkan filem sebagai peluang mencari duit. Tapi kandungan itu bukan hak kami untuk dijual.
Ada orang sanggup bayar, tak bermakna kita berhak menjualnya.
Saya masukkan cerita ini kerana ia juga sebahagian daripada perjalanan saya. Hari ini, apabila nampak peluang bisnes, saya perlu semak juga hak dan tanggungjawab di sebaliknya.
Diolah daripada manuskrip buku saya, Stop Guessing. Start Deciding., Bab 6, bahagian “Menjual sebelum mengetahui istilahnya” dan “Percubaan yang tidak patut dibanggakan”.
PENGALAMAN YANG MEMBENTUK CARA SAYA BEKERJA
KEPIMPINAN & PEMBANGUNAN BISNES
Peranan CEO / Director merangkumi hala tuju komersial, pembangunan bisnes, operasi dan peluang kerjasama.
JUALAN & PEMASARAN DIGITAL
Pengalaman sebagai Sales Marketing Manager dan Digital Sales Marketer melibatkan pasukan jualan, dropship, pembangunan ejen, kandungan, iklan berbayar dan Shopee.
PELUANG KOMERSIAL
Sebagai Business Development Manager, saya mencari peluang komersial dan menjalankan kerja pembangunan bisnes.
PASUKAN & OPERASI HARIAN
Pengalaman pengurusan merangkumi operasi, aktiviti pasukan jualan, jadual staf, perancangan dan pemasaran.
AI SALES & MARKETING COMMUNITY
Saya sedang kumpulkan founder dan sales manager yang nak kongsi tips, pengalaman dan peluang. Masing-masing boleh kongsi apa yang dah dicuba dan cari geng untuk buat sesuatu bersama.
Terus masuk melalui pautan jemputan. Semua ahli boleh berkongsi.
